Friday, December 11, 2009

Kisah dalam sehari

Setelah sekian lama tak menulis, terasa lak nak menulis hari ini. Hmm setelah dikejutkan dengan berita pasal sahabat kat jordan, arman yang kononnya telah meninggal, aku call isterinya untuk dapatkan kepastian, aduhai...rupanya belum lagi meninggal...sok akan dicabut alat bantuan pernafasan. didoakan moga Allah memanjangkan usianya.

Haa hari ni juga 11/12/2009 hari pertama aku melaporkan diri kat Institut perguruan Ilmu Khas, Cheras sebagai pensyarah bahasa Arab. Setelah satu hari suntuk semalam di"buli" di Bahagian Pendidikan Guru, Putrajaya. Tak semena-mena kena temuduga, azan, nasyid dan sebagainya. Namun alhamdulillah aku diterima masuk ke IPG.

Saturday, June 13, 2009

Suatu Pagi di Stesen Keretapi

Satu pagi di stesen ketapi, ada satu makcik tu dia tanya petugas kaunter
Makcik : Anak, keretapi sampai jam berapa??
Petugas kaunter: Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan, jam 1 Penang, jam 7 Gemas. Makcik nak pergi mana??
Makcik : Makcik nak melintas aja.

Kaunselor Yang Baik

Salwa baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah.
Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar2 di sekolah itu.
Pada masa rehat.. dia melihat seorang pelajar yang tengah berdiri seorang diri hujung padang sedangkan kawan-kawangnya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain.
Salwa cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah… Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja.
Mendengar jawapan itu Salwa lalu meninggalkannya.
Beberapa minit kemudian Salwa memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama. Salwa kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah.
Lalu sekali lagi Salwa mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan…
"Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?"
Pelajar itu menjawab..
"Okey.. boleh saja…!"
Merasa bahawa pendekatannya berhasil Salwa bertanya lagi..
"Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini?"
"Kerana …" jawab pelajar itu dengan penuh kehairanan…
"… Saya adalah penjaga gol!"

Pipit Yang Malang

Seorang pemuda hensome yang sedang mabuk, berjemur dipantai tanpa pakaian menutup tubuhnya. Ketika dia melihat seorang anak gadis kecil lebih kurang berumur 7 tahun berjalan melintasinya, Dengan pantas dia menutup bahagian tubuhnya yang tertentu dengan buku yang sedang di bacanya.
Kerana hairan, anak gadis kecil itu berkata, "Abang, apa abang tutup dengan buku tu?" tanya gadis kecil sambil menunjuk ke arah buku.
Kerana malu, pemuda itu menjawab,
"Ah tidak ada apa-apa. ini hanya seekor burung pipit?" Seekor burung pipit?" tanya gadis itu kebingungan. Betul, hanya seekor burung pipit," jawab pemuda lebih tegas. Setelah gadis kecil itu pergi berlalu, si pemuda kembali membaca buku sambil meneguk minuman kerasnya. Tak lama kemudian, si pemuda tertidur.
Ketika terbangun, dia berada di hospital dan merasa sakit yang amat sangat.
Seorang polis menanyainya, "Apa yang terjadi?" "Saya tidak tahu. Saya sedang berjemur di pantai, lalu ada gadis kecil bertanya sebentar dan tidak lama setelah dia pergi saya tertidur dan kini tiba- tiba berada di sini.
Polis itu pergi ke pantai mencari gadis kecil dan bertanya, "Apa yang kamu lakukan terhadap lelaki yang sedang berjemur itu tadi?"
Gadis kecil itu menjawab, "Saya tidak melakukan apa-apa terhadap abang tu pon. Cuma waktu dia tidur, saya main dengan burung pipitnya. Tapi tidak lama kemudian, burung itu meludahi muka saya. Karena itu saya patahkan leher dan paruhnya, saya pecahkan telur-telurnya & saya bakar sarangnya!"
Nota : Jangan cuba temberang budak kecik.. susah nanti… ekekekekek

Kenapa Kerbau Hitam


Pada zaman dahulu kala lembu dan kerbau berkawan baik.kemana sahaja mereka akan bersama-sama.Susah senang mereka bersama.
Pada suatu hari, hari agak panas dari biasaMereka berdua seperti biasa berjalan-jalan cari makan.Sampai di satu padang rumput mereka pun makan bersama-sama.Lepas tu mereka pun merayau-rayau di tepi hutan.
Maka bertemulah sebuah kolam.
"Jom kita mandi" si lembu mengajak si kerbau." Boleh juga, aku panas ni, bolehlah kita menyejukkan badan"
Merekapun menanggalkan baju mereka dan meyidai baju merka di atas satu tunggul mati.
Mereka pun mandi dengan gembira sambil menyanyi-nyanyi.
Wah bukan main seronoknya mereka.
Tiba-tiba si lembu terasa seluruh badannya amat gatal.
" eeeee…..gatalnya…badan aku" sambil tergaru-garu.
" Ye la…aku pun gatal amat ni" Kata kerbau.
Rupa-rupanya ada pokok tukas di tepi kolam. Buahnya masak ranum dan banyak yang gugur kedalam kolam.Buah tukas memanglah gatal.
Apa lagi mereka pun bergegas naik ke atas. Terus di sambarnya baju mereka. Terus mereka bergegas balik ke rumah masing-masing.
Tiba di rumah masing-masing barulah mereka perasan mereka tertukar baju.
Si kerbau pakai baju hitam lembu, kecik dan sendat. Kolar bajunya sendat hingga mejerut leher.
Si Lembu pula pakai baju kerbau putih bercorak tompok-tompok hitam-cantik! longgar dan selesa.
Se kerbau pergi kerumah si lembu untuk dapatkan bajunya kembali. Namun si lembu tidak mahu memulangkan baju kerbau. Sebab dia rasa selesa dan cantik.Berkali-kali si kerbau cuba meminta dikembalikan, namun si lembu menjaukan diri.
Akhirnya mereka berkelahi dan membawa haluan masing-masing.
Sebab itu lah sekarang suara lembu jadi kasar, dan suara kerbau jadi nyaring sebab tekak dia sendat.
Oleh kerana malu, pada zaman sekarang kerbau hanya berkeliaran di pinggir-pinggir hutan malu dengan keadaannya.Yang lembu pula bangga dengan baju dia dok berkeliaran di jalan-jaln raya, makan tanaman orang. Menyusahkan orang.
Namun keturunan kerbau masih menuntut hak mereka.
Begitulah ceritanya.

Tuesday, May 19, 2009

Surat rasmi - Cara minta kawin lagi..

Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.I

steri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa
24300, Kemaman
Terengganu.

18 MEi 2009

Puan,
PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI
Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yangmerupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki

Monday, May 11, 2009

Istilah Komputer Cara Malaysia

Beginilah akibatnya orang Malaysia menterjemahkan istilah-istilah Komputer.

IstilahHardware: barang keras
Software: barang lembut
Joystick: batang bahagia
Plug and Play: cucuk dan main
Port: lubangS
erver: pelayan
Client: pelanggan

Contoh"That server gives a plug and play service to the clients using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client.

"Translated"Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan mempergunakan batang bahagia jenis keras atau lembut. Batang bahagia itu dimasukkan ke dalam lubang pelanggan."

Pantun Sakit Hati

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar .

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu

Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke.

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan. .

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut apa ubatnya.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan

Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau.

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water

Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit

Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap

Sekian diucapkan. Kepada semua, majulah sukan untuk negara.

Masalah Pendengaran

Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran."Seberapa burukkah pendengarannya?" tanya doktor."Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya.""Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya."Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak, "Makan apa kita malam ini?" Tak ada jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter.Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya."Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit.
Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:"Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!"

UBAT SAKIT KEPALA

Seorang bos masuk ke pejabat dalam keadaan sakit kepala. Seorang pekerja memerhati keadaannya, lalu bertanya, "Kenapa bos? Nampak macam sakit sahaja?" "Yalah Semaun, kepala aku ni sakit sangat!" kata bos. "Dua hari lepas saya pun sakit kepala juga bos. Tapi bila balik, isteri saya bawa ke katil, peluk dan mencium saya. Lepas itu kami bercumbuan. Habis saja kami bercumbu, sakit kepala terus hilang. Saya rasa bos pun patut buat macam tu juga," terang Semaun."Betul ke? Kalau macam tu, mari kita jumpa isteri engkau sekarang!!!"

Monday, March 9, 2009

Santai sikit

Lawak : Jika ....
Seorang budak sedang menaiki bas di kota. Dia duduk tepat di belakang pemandu bas.

Lalu tiba-tiba anak itu berkumat-kamit sendiri seperti orang gila, “Jika ayahku seekor lembu jantan dan ibuku seekor lembu betina, pasti aku akan menjadi anak lembu.”

Kata-kata itu pun ia ucapkan berkali-kali…
Mendengar ucapan itu, pemandu bas mulai merasa terganggu.

Kemudian si pemandu bas mencuba menasihati anak itu supaya diam. Tetapi anak tersebut makin menjadi kecoh dengan mengucapkan kata-kata lainnya.

“Jika ayahku seekor gajah jantan, dan ibuku seekor gajah betina, aku pasti akan jadi anak gajah.”

Dan seperti sebelumnya kata-kata itupun ia ucapkan berulang kali.

Si pemandu bas pun mencuba lagi menasihati anak itu agar dapat duduk dengan tenang dan diam. Tetapi yang terjadi sebaliknya, anak itu malah makin membuat kekecohan dengan kata-kata yang ia ucapkan seperti tadi.

Merasa tidak dapat menahan emosinya lagi, si pemandu bas itu lalu berkata dengan nada keras kepada anak tersebut, “bagaimana kalau ayahmu seorang gay, dan ibumu seorang pelacur?”

Dengan tersenyum manis anak itupun berkata, “Aku akan menjadi pemandu bas!!!
Suasana yang seram
Kul 12mlm..amid & alan pulang dari keje,naek teksi..kje byk kt opis,blk pun lewat,sblum ni x pernah mcmni,selalu blk pun naek kereta alan..tapi kereta dah takde,kene curik..

Alan : eh,betol ke org cakap kt sini de teksi berhantu?? Ade dengar x??

Amid : Ade dengar.. diorg cakap..die jmput pnumpang tu,pastu die menjelma jd antu..bau busuk..muke huduh.. pastu isap darah org plak tu.. nape ko tanye?? Wat seram je la ko ni..

Alan : 1st time aku blk keje naek teksi ni..aku rase Laen mcm plak..debar2 jek..something wrong ni.. ah..!! biar la..jgn pkir bkn2..tahyul2..

Amid : tau..x pe.. haa..!! tu teksi tu..tahan2..

Pemandu Teksi : Nk blk mne dik?? Korang ni last passenger abg ni..jgn jauh2 da la..

Alan : kitorg nk ke subang..USJ1 bang..apartment permai..tau x bang?? Boleh la bang..jauh cket jek.. bole ye bang..

Pemandu Teksi : Eh..!! jauh tu dik dari pandan ni..jauh nye kje..dari subang ke pandan..

Amid : sbelum ni naek kereta bang..arini jek naek teksi..bole ye bang..

Pemandu Teksi : Naek Lah..cian aku tgok korg ni..

Alan & Amid : Mekasih bang.. Hehe..!!

Si brader teksi ni pun bukak la cite..

Pemandu Teksi : korg pernah dengar cite teksi hantu kt sini x??

Alan & Amid : Pernah..nape bang?? Betol ke cite ni??

Pemandu Teksi : eh..betul la.. korang ni x caye ek bende2 mcmni?? Memang ade pun..pnumpang yg naek tu akan terhidu bau busuk dari teksi tu..itu tande2 nye la..pastu teksi tu akan benti kat tmpt sunyi,gelap..pmandu die pun akan menjelma jadi lembaga itam yg bsar & bertaring..pastu lembaga tu akan isap darah pnumpang tu.. haa.. mcm tu la cite nye..

Alan : yeke..malang la nasib sape yg kene tu..hehe.. sy x caye la bende2 ni bang..tahyul-mahyul jek..

Amid : (sambil berbisik)..oii..mangkuk..pehal cabul sgt mulut ko ni?? Ntah2 brader teksi ni antu tu.. Laen mcm jek aku tgok.. die pun arif bercerita..mcm die jek antu tu.. takut aku..

Alan : hahahahahaha.. wat lawak la ko ni..

Pemandu Teksi : Pe yg lawak nye dik?? Gelak besar lagi tu?? Jgn maen2 dik..dgn bende2 halus ni.. hehehe..

Lepas kene tegur..amid & alan pun terdiam..tiba2 terbit 1 bau yg agak busuk,menusuk dlm kalbu sanubari hidung diorg..

Amid : (sambil berbisik)..wei..ko bau x ape yg aku bau?? Bulu roma tengkuk aku da tegak2 ni..Laen mcm jek..abg teksi ni senyap jek.. wei..aku takut La..

Alan : (sambil berbisik).. eh..ko jgn takut,kalau kau takut..aku pun takut..memang ade bau pun..jgn die benti kt depan tu dah..tempat tu sunyi,gelap..

Tibe2 teksi tu benti kat tempat gelap tu..sunyi jek suasane nye..

Maka..

Alan & Amid : Aaahhh..sudaahh..!! knape benti bang??

Pemandu Teksi : hehehe..tempat sunyi ni elok benti..gelap,x de orang..x de sape2 nmpak.. hehehe.. korang duduk sini diam2.. hehehe..

Alan & Amid : Hah..!! Alamak tok..!! jgn isap darah kami tok,kami x kawin lagi.. kursus kawin baru je daftar,tu pun kelas die x pegi Lagi.. ampun kan kami tok.. waa..waa..

Pemandu Teksi : Tok?? eh..apahal korang ni..?? aku nak gi berak la kat semak tu,kang terang2 kang orang nampak..eh!! aku sakit perut la..makan jering&petai tghari tadi..ko x bau ke kentut aku tadi?? Lagipun sini bukan ade toilet pun.. dah..dah.. lepas kaki aku..siap melutut,merayu Lg ni.. ape kes?? eishh..!! Lepas2..berak dLm seluar plak aku kang..!! eish..!!

Alan & Amid : Hah?? Laa..!!

Lawak Angkasawan dgn wanita mars
Ini kisah angkasawan yg sedang dalam misinya ke Mars. Setelah mendarat dia bertemu dengan wanita Mars yg cantik jelita sedang mengacau periuk …
Angkasawan : “Kamu sedang buat apa?”
Wanita Mars : “Membuat bayi”
Angkasawan : “Oh kalau di bumi cara membuat bayi bukan begitu…”
Wanita Mars : “Lalu, caranya bagaimana?”
Angkasawan : “Susah menjelaskannya, tapi sangat mudah mempraktikkannya”
Wanita Mars itu setuju mempraktikkannya.
Setelah si angkasawan selesai melakukannya, wanita Mars itu bertanya…
Wanita Mars : “Aik, mana bayinya?”
Angkasawan : “Bayi itu akan jadi 9 bulan lagi…”
Wanita : “Lalu kenapa kamu berhenti mengacau?”
Angkasawan : Dah ok tu....alaa tunggulah 9 bulan lagi...
hahahahaha
Lawak Lurus Bendul (25sxxx)
Pak Mat seorang duda kematian isteri, ada anak nama Bedol yg lurus bendul.Tahap maksima kebendulannya. Pak Mat susah hati mengenangkan jika dia mati esok siapa nak tengok-tengokkan si Bedol ni. Keputusan diambil untuk mengahwinkan si Bedol ni dengan seorang andalusia bernama Minah.
Pak Mat:'Bedol!bapak nak kawinkan kau dengan Minah! Setuju tak?
'Bedol:'Ikut suka bapak lah!.Saya ngikut saja',kata Bedol selamba walaupun dia tak tahu apa itu kawin.Dipendekkan cerita maka berkahwin lah Bedol dengan Minah.
Pak Mat pening memikirkan macammana nak ajar Bedol apa-apa yg perlu dibuat bila tidur dengan Minah sebabsi Bedol ni lurus bendul.Pada malam pertama sebelum masuk bilik Pak Mat bisik kat Bedol...
Pak Mat:'Bedol! Sebelum tidur kau bukak baju Minah!.
Bedol:'Baik pak!'
Besok pagi masa bersarapan Pak Mat tengok muka Minah masam je lalu sambil berbisik dia bertanya Bedol...
Pak Mat:'kau dah buat macammana yg bapak ajar?
'Bedol:'dah pak! Saya bukak baju dia
'Pak Mat:'Lepas tu kau buat apa?
'Bedol:'Saya tidur'Pak Mat garu kepala...
Pak Mat:'malam ni lepas kau bukak baju Minah,kau selak kain kau ya!
'Bedol:'Baik pak'
Malam berlalu...beso k masa sarapan pak Mat tengok Minah masam mencuka..
Pak Mat:'Kau buat apa yg bapak ajar malam tadi Dol?
'Bedol:'Dah pak'
Pak Mat:'Kau buat macam mana?
'Bedol:'Lepas bukak baju Minah saya selak kain saya!
Pak Mat:'Lepas tu?
'Bedol:'Lepas tu saya tidur
'Pak Mat merungut-rungut krn kebendulan melampau si Bedol...
Pak Mat:'Bedol!Malam ni lepas kau bukak baju Minah dan selak kain engkau,kau masukkan anu engkau dalam anu Minah tau!!
Bedol:'Baik pak!
'Besok paginya Minah tak keluar sarapan sebagaimana biasa.Pak Mat tersenyum memikirkantentang keberkesanan ajarannya kat Bedol.Tiba-tiba dia nampak Minah dengan wajah yg lagimasam dr semalam.Dahla macam tu berjalan pun dihentaknya kaki kuat-kuat.Pak Mat pandang Bedol...
Pak Mat:'kau dah buat macam bapak ajar malam tadi Dol?
'Bedol:'Dah pak!Pak Mat:'kau buat macam mana?
Bedol:'Saya bukak baju Minah,saya selak kain saya dan masukkan anu saya ke dalam anu Minah
'Pak Mat:'Bagus! Lepas tu?
'Bedol: 'Lepas tu saya tidur
'Pak Mat betul-betul bengang dgn si Bedol..Takkan yg tu pun dia nak ajar jugak...baik dia aja yg kawin dgn Minah...sehari an dia mundar-mandir mencari idea...last- last idea pun datang dan dia pun bisikkan kat Bedol.....
Pak Mat:'Bedol!Bapak nak tolong engkau ni tapi bapak tak buleh le sebilik dengan engkau,bapakkat luar pintu je. Macam ni.lepas kau bukak baju Minah,lepas kau selak kain engkau dan lepas kaumasukkan anu engkau dalam anu Minah kau tunggu bapak bunyikan botol,bunyi pertama kau sorong anukau dan bunyi kedua kau tarik anu engkau..begitu lah seterusnya,faham?
'Bedol:'faham pak!janji bapak tolong Bedol ye!!
'Malam menjelang, Bedol dah ready menunggu bunyi botol,Pak Mat kat luar pintu, setelah pasti Bedol dah bersedia dia pun"TOING" ketukan pertama,Bedol pun sorong,"TOING" ketukan kedua Bedol pun tarik...begitu la kerja Pak Mat....dia terdengar rengekan dari Bedol dan Minah.dia berasa seronok kerana berjaya membuatkan Bedol bertindak sbg seorang suami sejati...
Lasy- last dia terdengar Bedol menjerit...apa yang dijeritkan tu!!KUENG KUENG KUENG
Bedol:'Bapak! !Boleh lajukan ketuk botol tu tak?Apasal lembab sangat?
Hahahahaa

Irama Sentosa

Keheningan malam yang mendamaikan
Kedamaian hati yang didambakan
Menyaksikan irama sang cengkerik
Memainkan siulan yang mengasyikkan

Nikmat ketenangan yang dipohon
Padamu ya Tuhan ku panjatkan
Dalam menemui titisan kehijauan jiwa ini
Mencairkan aliran merah kepanasan

Entah bila kan ku temui
Rona roni kehidupan yang sejahtera
Menyaliri mahkota sukma yang kudus
Perkenan Mu ku hajatkan

Hanya dikau yang mengerti
Naluri seorang insan
yang berkelana dibumi fana mu
Insya Allah ia akan menjelma…aminnnn

Lirik : Mahar ( Aminuddin )

Hijau Bumi Tuhan - XPDC ( Lambang HidupKu)

Sekali ku memandang kehijauan saujana mata
Semusim yang benderang hati riang nikmatnya tuhan
Kita belalah bersama-sama
Kita jagalah harmoninya

Semusim ia datang keindahan ciptaan tuhan
Hijau yang terbentang makhluk tuhan bermesra-mesra
Kita belalah bersama-sama
Kita jagalah harmoninya

Damai terperi kicau bernyanyi
Burung berkicauan riang terbang
Ombak menghempas pantai menanti
Indah biru laut ini pasti
Salam diberi insan di bumi

Itu nikmat hari hari ini
Tegur dan sapa senyum ketawa
Itu tanda kita riang
Abadikan keindahan ini

Saturday, March 7, 2009

Friday, March 6, 2009

KONSEP KEHIDUPAN DALAM ISLAM

KONSEP KEHIDUPAN DALAM ISLAM

Oleh: Kassim Ahmad

Apakah yang patut seseorang lakukan dengan kehidupannya? Dari waktu dia bangun pagi-pagi hingga dia tidur, bagaimanakah dia harus mengisikan masanya? Soalan-soalan ini kerap mendatangi dia, khasnya apabila dia di peringkat remaja yang sedang mencari-cari tapak kehidupannya. Dalam keadaan dunia hari ini, yang kian banyak ditentukan oleh sains dan teknologi moden, mungkin soalan ini ditanya oleh orang dewasa juga, yang kehilangan pedoman. Melihat kepada perkembangan sastera absurd dalam abad kedua puluh, hal ini memang suatu kenyataan.

Pengalaman manusia telah mengajar kita bahawa tiap-tiap masalah boleh dilihat dari tiga sudut pandangan. Dengan kata-kata lain, ada tiga aliran falsafah yang pokok. Pertama, aliran materialisme yang mengajar kita melihat dunia dari segi benda. Manusia itu benda. Roh, akal dan moral itu sistem-sistem pengetahuan yang dibangunkan daripada benda, yang menjadi asas kehidupan. Roh, akal dan moral tidak wujud kecuali sebagai tumbuh-tumbuhan daripada benda. Aliran-aliran falsafah liberalisme dan komunisme mewakili dua aliran falsafah materialisme yang besar dalam abad ini. Falsafah ini ditolak oleh Islam. Falsafah-falsafah ini juga telah dan sedang runtuh di depan mata kita.

Kedua, aliran mistisme. Mistisme mengajar kita menolak dunia. Dunia ini fana dan tidak wujud, kecuali sebagai suatu bayang-bayang saja. Yang wujud hanya roh yang harus kita pupuk dan bangunkan melalui ibadah-ibadah agama dan pemupukan akhlak individu yang baik. Telah wujud plebagai aliran mistisme dalam sejarah manusia, termasuk mistisme-mistisme Hindu, Budhaiah, Yahudi, Kristen dan Islam. Benarkan saya memetik jadual harian seorang mistik Islam yang dimuatkan dalam majalah MASSA keluaran 24 Ogos, 1996:

Apabila aku memulakan zikir selepas waktu `isyak, tidak akan kusudahi kecuali apabila menjelang terbit fajar. Kemudian aku sembahyang subuh; setelah itu berzikir hingga waktu duha; maka akupun sembahyang sunat duha. Setelah itu aku berzikir lagi sehingga waktu zohor dan menunaikan sembahayang zohor. Kemudian aku berzikir sehingga waktu asar dan sembahyang.. Selepas asar, aku terus berzikir sehingga waktu maghrib dan sembahyang maghrib, diikuti dengan zikir lagi sehingga waktu `isyak dan begitulah seterusnya. (h. 51)

Aliran-aliran mistik masih wujud dalam semua masyarakat sekarang. Aliran mistisme juga ditolak oleh Islam. Mereka juga telah gagal untuk membangunkan tamadun manusia, kerana pembangunan tamadun mesti bermula dengan pembangunan ekonomi yang ditolak oleh aliran mistik.

Islam, iaitu aliran falsafah yang ketiga, ialah pandangan hidup yang bukan materialis dan bukan juga mistis. Islam ialah jalan tengah, jalan yang lurus, antara dua jalan yang menyeleweng, seperti yang ditegaskan dalam Quran. Islam tidak menolak dunia, kerana dunia ini sebagian daripada Alam Raya yang amat luas, dan kehidupan manusia di dunia sebagian daripada kehidupannya yang amat panjang di Alam Raya. Selepas kita mati di dunia, kita akan dibangkitkan semula di Akhirat dan kehidupan kita di sana akan terus dalam suatu jangka masa yang amat lama hingga waktu yang ditetapkan oleh Tuhan apabila seluruh Alam Raya akan hapus. Ini semua diterangkan oleh Tuhan dalam Quran.

Dunia sebenarnya ada dua aspek: dunia rendah atau dunia hawa-nafsu, dan dunia tinggi atau dunia moral dan spiritual. Islam menolak dunia hawa-nafsu, bukan dalam erti kata kita tidak boleh makan-minum dan berkahwin, tetapi dalam erti kata makan-minum dan kahwin itu bukan matlamat hidup. Kita perlu makan-minum dan berkahwin supaya kita boleh bekerja untuk mewujudkan sebuah dunia yang baik, yang adil, selamat dan bahagia. Islam menggabungkan aspek material dengan aspek moral-spiritual dalam suatu kesatuan yang harmonis dengan meletakkan aspek moral-spiritual sebagai pemimpin. Inilah pandangan hidup Islam, pandangan hidup yang benar, seperti yang diisytiharkan oleh Tuhan Sendiri dalam Quran.

Namun demikian, konsep kesepaduan hidup yang diajar oleh agama kita tidak diamalkan oleh kebanyakan orang Islam di Malaysia. Kita diajar bahawa agama itu ialah bersembahyang, berpuasa, mengeluarkan zakat dan naik haji. Walaupun sejak tahun-tahun 70-an sesetengah kita melaung-laungkan selogan kesatuan agama dan politik atau kesatuan dunia dan akhirat, kita gagal mengamalkan selogan ini. Mungkin kita kurang faham makna konsep kesatuan itu. Tetapi maknanya memang terang, iaitu kehidupan mengikut Islam tidak harus dibezakan antara agama dengan dunia. Semuanya -- ibadah-ibadah keagamaan dan aktiviti-aktiviti lain, termasuk ekonomi, politik, kemasyarakatan, sains, teknologi dan kebudayaan -- dirangkumi dalam konsep kehidupan Islam. Hal ini bukan saja terbukti dalam ajaran Quran yang meliputi semua aspek ini, tetapi juga terakam dalam kehidupan Nabi Muhammad yang menjadi contoh kepada kita. Nabi Muhammad bukan saja memimpin sembahyang, tetapi beliau juga pemimpin kerajaan, hakim, panglima perang, ketua masyarakat, ketua keluarga, suami dan warga negara-kota Madinah yang beliau dirikan itu.

Di Malaysia pada hari ini, orang Islam melakukan ibadah-ibadah agama, seperti yang diperturunkan oleh nenek-moyang kita. Tetapi dalam bidang-bidang keduniaan, khasnya ekonomi dan politik, kita mengamalkan sistem liberal Barat, dengan dualisme antara sistem Barat dan sistem tradisional agama dalam pendidikan dan perundangan. Jadi, pada keseluruhannya, kita mengamalkan dualisme: dalam agama kita ikut tradisi; dalam hal keduniaan kita ikut Barat. Ini kerana sistem Islam yang dikembangkan dalam zaman Nabi di bawah Perlembagaan Madinah telah menjadi beku dalam abad ketiga belas dan merosot dalam zaman penjajahan, khasnya dalam abad ke-19, apabila dunia Islam jatuh ke tangan penjajahan Barat.

Penjajahan Barat memang pada pokoknya anti-Islam. Falsafahnya materialis. Kita sedang berada pada tahap dunia Islam sedang menemui kembali akar-umbi Islamnya. Oleh kerana keruwetan dunia ini, sesetengah kita condong ke aliran mistisme dan sesetengah kita condong ke aliran materialisme untuk melawan Barat materialis atas nama Islam. Tetapi, Islam, seperti yang telah kita huraikan, bukan mistisme dan bukan materialisme. Kita terjebak di antara dua penyelewengan falsafah.

Kedua-dua falsafah ini, materialisme dan mistisme, sudah bobrok. Mereka sedang runtuh di depan mata kita, di negara kita sendiri dan di seluruh dunia. Krisis yang sedang melanda UMNO menandakan kebobrokan materialisme; krisis yang sedang melanda PAS menandakan kebobrokan mistisme. Perang Teluk, "Ibu Segala Perang", mengikut istilah Presiden Saddam Hussein, pada hemat saya, memperlihatkan kepada kita, secara dramatik, pertentangan-pertentangan pokok -- materialisme-mistisme-Islam -- dunia kita hari ini. Dunia di sebalik tabir, yang akan lahir dari pertentangan-pertentangan besar ini, dalam abad ke-21 ialah dunia yang akan menemui kembali Islam yang sebenar.

Apakah Islam yang sebenar? Seperti yang telah kita katakan, Islam ialah jalan yang lurus (siratul-mustaqim), suatu cara hidup saksama (ummatan wasatan, umat saksama, dalam istilah Quran ) di antara jalan materialis dan jalan mistis. Islam menolak kedua-dua materialisme dan mistisme. Islam menganjurkan perdamaian antara tuntutan-tuntutan diri, dunia atau masyarakat, dan Ilahi. Tidak ada pertentangan di antara ketiga-tiga tuntutan ini. Perdamaian ini bukan dicapai melalui konsep kehidupan beku seperti dalam gagasan Budhaiah. Perdamaian dicapai melalui konsep kehidupan aktif dan dinamik mengubah dunia selaras dengan hukum Ilahi. Martabat manusia sebagai khalifat atau pemerintah di bumi, seperti yang diberikan kepadanya oleh Tuhan dalam Quran, persis merujuk kepada kehidupan aktif dan kreatif ini.

Tetapi perubahan bagaimana? Kaum penjajah juga ingin mengubah dunia. Mereka ingin menjadikan seluruh manusia hamba mereka. Lihat keganasan dan kebiadaban kelakuan kepala kaum neokolonialis dunia, kaum oligarki Inggeris-Amerika di Iraq. Keganasan dan kebiadaban itu memperlihatkan benci mereka yang amat sangat terhadap mana-mana negara yang berjiwa bebas yang mahu melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai khalifah Tuhan di dunia. Malah kaum neokolonialis ingin berlagak seperti tuhan! Semua mesti tunduk kepada mereka!

Islam mahu mengubah dunia mengikut hukum Ilahi. Para mukmin itu hamba dan khalifah Tuhan yang rela sekaligus. (Semua manusia hamba dan khalifah Tuhan juga, tetapi yang kafir itu tidak rela, malah mereka memberontak terhadap Tuhan.) Para mukmin mahu mengubah dunia dari yang kurang baik kepada yang lebih baik dan seterusnya mengikut suatu skala moral yang kian meningkat. Konsep kehidupan ini telah dirumuskan dalam Quran dalam beberapa buah ayat yang ringkas dan padat:

Katakanlah, "Sembahyangku, pengorbananku, hidupku dan matiku untuk Tuhan, Tuan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya. Demikianlah yang telah diperintahkan kepadaku, dan aku di antara yang awal-awal tunduk." (Al-An`am, 162-63)

Tuhan telah membeli dari orang mukmin diri dan harta-benda mereka dengan bayaran Syurga. Mereka berperang di jalan Tuhan, lalu mereka membunuh dan dibunuh. Itulah janji Tuhan yang benar dalam Taurat, Injil dan Quran. Siapakah yang lebih setia kepada janjinya daripada Tuhan? Oleh itu, bergembiralah kamu dengan pertukaran yang kamu lakukan dengan-Nya. Itulah kemenangan yang terbesar. (Al-Taubat, 111)

Demikianlah hidup dalam Islam itu suatu "perjuangan di jalan Tuhan", "menyerukan kebaikan dan melarang kejahatan" untuk mewujudkan sebuah dunia yang kian meningkat dari segi moral. Peperangan, penyakit, penindasan, kemiskinan, kejahilan, dari kehidupan liar dan tidak beradab dalam gua, manusia meningkat setapak demi setapak hingga mencapai tahap kehidupan bertamadun dengan sains dan teknologi moden. Dari satu segi, kita masih tidak berubah dari zaman pra-tamadun: peperangan, penyakit, kejahilan, kebodohan, penindasan dan kemiskinan masih berlaku. Dari segi lain, kita sudah berubah banyak. Kita mempunyai sebuah kitab suci yang lengkap dan sempurna, iaitu Quran, di tengah-tengah kita. Kita mempunyai sains dan teknologi moden yang boleh menghapuskan kemiskinan, penyakit dan kejahilan di seluruh dunia. Kalau kita mahu, kita boleh berpandukan Quran serta menghapuskan peperangan dan penindasan serta mewujudkan sebuah dunia yang aman, adil, makmur dan bahagia.Nabi Muhammad dan pengikut-pengikutnya sudah mewujudkan sebuah dunia yang demikian di Semenanjung Arab pada awal abad ketujuh. Kita perlu mengikut teladan beliau serta mewujudkan sebuah masyarakat antarabangsa mengikut prinsip-prinsip Perlembagaan Madinah, yang memang termaktub dalam Quran, serta mewujudkan sebuah tamadun baru yang lebih gemilang daripada mana-mana tamadun yang lalu.

Yang menghalang umat Islam daripada berbuat demikian sekarang ialah umat Islam sendiri. Konsep kehidupan yang mereka pegang tidak betul. Seperti yang telah kita katakan, sesetengah mereka berpegang kepada faham materialis dan bekerjasama dengan kaum neokolonialis yang tujuannya menindas Islam. Sesetengah menolak faham materialis dan menentang kaum neokolonialis, tetapi berpegang kepada faham mistis yang juga ditolak oleh Islam, dan dengan itu, secara tidak langsung, mengekalkan dunia kaum kolonialis. Inilah punca kelumpuhan umat Islam sekarang. Oleh itu, umat Islam di Malaysia perlulah kembali kepada faham Islam yang sebenar, yang menjadikan seluruh hidupnya ( 24 jam sehari, bukan dalam masa-masa melakukan ibadah agama saja!) suatu perjuangan untuk mewujudkan sebuah masyarakat nasional dan internasional yang bermoral.

Suatu kelemahan umat Islam yang ketara ialah mereka tidak pandai bersatu. Mereka taksub kepada fahaman masing-masing dan mahu memaksakan faham mereka terhadap semua orang. Permusuhan antara kaum Sunni dan kaum Syiah dan tekanan terhadap kaum Ahmadiyah dan kaum-kaum lain yang tidak sependapat dengan fahaman perdana dalam masyarakat adalah di antara contoh-contoh ketaksuban ini. Ketaksuban ini merugikan umat Islam sendiri, kerana ia menghalang umat Islam daripada bersatu membangunkan tamadun Islam yang baru. Mengapakah kita tidak mengutamakan pegangan tauhid beriman kepada Tuhan Yang Esa serta membenarkan perbezaan pendapat tentang kaedah dan cara?

Eloklah pemimpin dan cerdik pandai kita beri perhatian yang berat kepada usaha mewujudkan semula semangat persaudaraan dan perpaduan di kalangan umat Islam. Di atas dasar persaudaran dan perpaduan Islam inilah baru kita boleh bangun semula serta memberi pimpinan kepada dunia yang sedang hancur. Kita tentu tidak boleh bersetuju dalam semua hal, tetapi, melalui musyawarah, kita boleh mencapai persetujuan dalam banyak hal yang harus kita laksanakan. Hanya dengan demikian beradasarkan semangat persaudaraan dan perpaduan Islam tadi, kita boleh mengalahkan musuh Islam dan musuh manusia kini, iaitu kaum neokolonialis A.S.-Inggeris, serta bekerjasama dengan semua bangsa untuk membangunkan sebuah dunia yang aman, adil dan bahagia untuk keturunan kita dalam Abad Kedua Puluh Satu dan abad-abad seterusnya.

Sistem penjajah amalan pemerintah punca gejala murtad

Sistem penjajah amalan pemerintah punca gejala murtad
Hashim Abdullah
Tue Jul 10, 07 9:11:58 am MYT
TEMERLOH, 10 Julai (Hrkh) - Sistem pendidikan dualisme sebagaimana yang ditinggalkan penjajah tetapi terus diamalkan pemerintah di negara ini menjadi punca kepada kehilangan sensiviti umat Islam terhadap isu penjagaan akidah menjadi penyebab kepada penularan gejala murtad dalam negara, kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pahang,Abdullah Abdul Karim.

Lebih memburukkan keadaan katanya yang juga seorang peguam ketiadaan undang-undang yang membolehkan seseorang yang murtad itu dihukum mengikut perundangan Islam menyebab kejadian murtad tidak dapat dibendung secara berkesan.

?Apa yang berlaku dalam negara berkaitan isu murtad memang menakutkan. Tetapi, kesedaran umat Islam terhadap usaha melindungi akidah umat Islam sangat lemah. Ini disebabkan oleh sistem pendidikan warisan penjajah. Penjajah dah bagi dualisme dalam pendidikan iaitu pendidikan akademik dan agama.

?Mereka tanam pemikiran seolah-olah belajar agama itu bukan akademik. Berlaku pemisahan agama dalam sistem pendidikan. Pendidikan agama pula yang diajar soal ibadat khusus sahaja, soal penjagaan akidah tak dijaga.

?Sebab tu kita lihat ada di antara ustaz-ustaz sendiri yang hanya mengajar soal ibadat tertentu sahaja sedangkan soal penjagaan akidah yang menjadi tunjang agama diabaikan,? katanya ketika berucap dalam program mengenai penjelasan isu murtad anjuran salah sebuah masjid, dekat sini, baru-baru ini.

Menurut Abdullah lagi kejadian isu murtad membabitkan Lina Joy sebagaimana diketahui umum sepatutnya menjadi pengajaran kepada seluruh umat Islam untuk berjuang melindungi akidah umat Islam.

?Isu murtad bukan boleh dipandang mudah. Kes murtad macam Lina Joy bukan satu tapi banyak. Angkanya terlalu besar sebagaimana didedahkan Mufti Perak dulu. Sebab itu seluruh umat Islam tanpa mengira kumpulan dan fahaman politik kena bersatu menyelamatkan akidah umat Islam,? katanya. - mks.

Tujuan Pendidikan Islam - Sebuah renungan untuk

Aldakwah.org--Pendidikan Islam, walaupun mencapai kemajuan dalam bidang sarana,namum kwalitasnya dirasakan belum memenuhi keinginan ummat. Kemerosotan itudisebabkan oleh berbagai faktor, satu diantaranya adalah ketidak fahamanterhadap tujuan Pendidikan Islam. Sebagian pendidik dan lembaga pendidikanberpandangan bahwa tujuan pendidikan adalah menyampaikan ilmu pengetahuan.Akibatnya semua usaha pendidikan hanya ditujuan untuk mentransmisikan ilmupengetahuan kepada peserta didik.Disamping itu terdapat pula anggapan bahwa yang dinamakan Pendidikan Islamadalah pendidikan yang mengajarkan ilmu-ilmu keislaman (syari'ah), sehinggaberkembang angapan bahwa ilmu-ilmu selain ilmu keislaman bukanlah merupakangarapan Pendidikan Islam. Akibatnya tujuan lembaga Pendidikan Islam terbataspada pangajaran ilmu-ilmu syari'ah.Tulisan ini mencoba mengemukan tujuan Pendidikan Islam agar kesalah pahamantersebut akan dapat diperbaiki, dan Pendidikan akan dapat berkembang sejalandengan tujuan hakiki Pendidikan Islam yang sesuai dengan kehendak ajaran Islam.TujuanTujuan merupakan fitrah yang telah melekat dalam diri setiap insan. Tidak adatindakan manusia yang tidak mempunyai tujan. Sesungguhnya perbuatan seorang yangia lakukan tanpa sadar mempunyai tujuan, walupun ia tidak mengetahui tujuan itu.Abdur Rahman Al-Qalawi, Ushul Tarbiyah al-Islamiyah, Kairo, Darul Fikril Arabi,hal. 96Seorang yang sedang tidur akan menarik tangannya bila ditusuk dengan jarum.Tujuannya adalah mempertahankan diri, atau berkeinginan untuk hidup.Biasanya, semua orang yang sadar dan berakal, selalu memikirkan tujuan setiaptindakannya. Bila ia menyadari tujuan tindakannya, akan terdorong untukmelakukan perbuatan itu. Seandainya seorang menempuh sebuah jalan tanpamengetahui sebab ia harus melewati jalan tersebut, dia tidak akan antusias lewatdi jalan itu. Tapi bila ia mengetahui bahwa di ujung jalan itu ada kebun yangindah, pemiliknya ramah dan akan mengajak setiap orang yang lewat di depan kebunitu untuk makan di pinggir kolam yang ada di kebun itu, sedangkan orang yanglewat ini sedang kelaparan, maka pasti orang tersenut akan terdorong danbersemangat melewati jalan tersebut.Demikian pula dalam semua bidang, termasuk dalam bidang pendidikan. Seorangmahasiswa akan belajar dengan tekun sepanjang tahun, bila dalam benaknya selaluterbayang apa tujuan yang akan ia capai dengan pendidikan tersebut. Ia akanberusaha sekuat tenaga mencapai tujuan yang ia idam-idamkan.Disamping itu tujuan juga akan mengarahkan proses sebuah kegiatan. Bila tujuantergambar, seorang akan dapat menentukan langkah, menentukan cara dan menentukanapa yang akan diperbuat ke arah tujuan itu.Kebutuhan terhadap tujuanDisamping hal yang kita utarakan di atas, kebutuhan sistim dan lembagaPendidikan Islam terhadap tujuan disebabkan oleh dua masalah penting lainnya,yaitu:1. Sistim pendidikan yang berkembang di negara-negara Islam adalah sistim yangdiimpor dari model Eropah dan Amerika. Sistim tersebut tidak serasi denganbudaya dan kebiasaan ummat di negara ini. Disamping itu sistim tersebut masuk kedalam negara Islam sebagai bagian dari kekuasaan kolonialis, yang otomatistujuannya sesuai dengan tujuan ekonomis kolonial itu, dan sesuai dengan dominasipolitik kelompok-kelompok terdidik dan pemerintahan negara penjajah itu.Penjajah melalui sekolah yang mereka siapkan berusaha untuk melatih orang-orangterjajah untuk melakukan peran-peran penjajah. Walaupun penjajahan fisikberakhir, namun sistim pendidikan belum banyak mengalami probahan. Kurikulum,malah bahasa di sebagian negara Islam misalnya, masih sama dengan zamanpemjajahan. Malah hubungan kebudayaan antara negara bekas jajahan dengan ngarapenjajah lebih kuat dibadingkan dengan zaman penajajahan. Dr. Majid ArsanAl-kailani, Ahdaf At-Tarbiyah Al-islamihah, Madinah, Maktabah Darut-Turast,1988, hal 35.Kekhawatiran kita terhadap budaya Barat bukan berarti kita menutup diri darisemua budaya ini, tapi kita harus mempelajarinya dengan hati-hati dan kritis,dan menganggapnya sebagai salah satu informasi. Untuk mengatasi kesensitipaninteraksi budaya itu dapat dilakukan dengan memperhatikan beberapa hal: (a)siapa yang kita pilih untuk berinteraksi itu; (b) pada umur berapa mereka kitabolehkan berinteraksi; dan (c) di mana tempat interaksi itu dilakukan.2. Sebab kedua adalah bahwa sistim pendidikan di negara Islam masih merupakanpenceplakan terhadap model pendidikan lama yang berkembang di negara-negaraIslam. Pendidikan model lama itu belum memahami tujuan Pendidikan Islam dantidak pula menghayati hubungan tujuan dengan proses pendidikan. Tujuansatu-satunya yang terlihat dalam pendidikan lama ini adalah mentranformasikanbudaya orang tua kepada anak-anaknya tanpa melakukan pengembangan dan tanpamemperhatikan kebutuhan masa depan anak tersebut. Hal ini sama dengan apa yangdiungkap Allah dalam surat Az-zuhruf ayat 22.Oleh sebab itu kurikulum yang diberikan kepada anak-anak saat ini sama denganapa yang diberikan pada masa yang lalu tanpa memperhatikan perbedaan kebutuhansaat ini dan masa yang lalu dan tanpa memperbadingkan probelma yang dihadapioleh ummat masa kini dengan problema mereka masa lampau. Ibid, hal 39Akibat ketidak pahaman tujuan ini lahirlah keterbelakangan di berbagai lembagapendidikan Islam, baik dalam bidang kurikulum ataupun dalam bidang metode. Danyang lebih naif lagi timbulnya dualisme, atau dikhatomi dalam sistim pendidikankita saat ini.Tujuan Pendidikan IslamBila kita ingin berbicara tentang tujuan Pendidikan Islam, kita harus melihattujuan hidup manusia di dunia ini. Tujuan itu tertera dalam Surat Az-Zaiyat ayat56."Aku jadikan Jin dan Manusia itu untuk beribadah kepadaku".Beribadah itu jugalah yang menjadi tujuan yang akan dicapai oleh PendidikanIslam. Dengan demikian dapat dikatakan bahwa tujuan Pendidikan Islam adalah"bagaimana merealisasikan ubudiyah lillah dalam kehidupan insan, baik secaindividu ataupun kelompok".Dr. Hamid Mahmud Ismail, Min Ushul Tabiyah fil Islam,Shan'a, Wizarah Atbiyah wa At-Ta'lim, l986, hal. 98Ibadah yang dimaksudkan di sini bukanlah terbatas pada ritual-ritual Islam,seperti shalat, shiyam dan zakat, tapi lebih luas dari itu. Ibadah dalampengeritan bahwa seseorang hanya menerima seluruh masalah kehidupannya dariAllah SWT, dalam arti bahwa ia terus menerus dalam hubungan dengan Allah SWT.Shalat, shiyam, zakat tidak lebih dari miftah ibadah/kunci ibadah, atau sebagaihalte tempat menambah perbekalan bagi seorang yang sedang mengembara. Ibid, hal.98Sesunggunya seluruh perjalanan, mulai dari bidayah, sampai kepada nihayah adalahibadah. Ibadah dalam pengertian seperti ini mencakup seluruh kehidupan manusia,tidak terbatas pada waktu pendek yang dipergunakan untuk ritual itu saja. Kalauitu yang dimaksud dengan ibadah oleh ayat 56 surah Azzariyat itu, tentu ayat itutidak mempunyai makna yang mendalam. Apa artinya waktu yang babarapa menit untukritual itu jika dibandingkan dengan kehidupan kita yang panjang itu ! Hampir iatidak mempunyai pengaruh apa-apa. Ayat ini baru mempunyai makna penting bilaibadah dijadikan manhaj hayah/sistim kehidupan manusia ini, dan bila ibadah itumenjadi cara berbuat, dan cara berfikir insa tersebut. Dalam arti bahwa semuaperbuatan manusia harus kembali kepada Allah.Membentuk hubungan hati manusia dengan Allah SWT, dan mendorong hati manusiauntuk kembali kepada Allah pada setiap saat adalah kaedah pokok PendidikanIslam. Dengan kaedah inilah semua masalah dilaksanakan. Tanpa kaedah ini segalaperbuatan di dunia tidak mempunyai arti.Oleh sebab itu, tujuan Pendidikan Islam berbeda dengan tujuan pendidikanlainnya, yaitu membentuk muslim yang beramal shaleh. Dalam arti bahwa manusiayang ingin diciptakan oleh Pendidikan Islam adalah insan yang dalam semuaamalnya selalu berhubungan dengan Allah SWT.Amal ShalehDilihat dari implimentasinya, amal shaleh dapat dibagi kepada amal agama yangshaleh, amal sosial yang sholeh dan amal alami atau kauni yang sholeh. Namunbila dilihat dari pengaruhnya, amal shaleh dapat dikatagorikan kepada duakelompok:Pertama. amal yang mendatangkan kemanfaatan dan keredhaan Allah.Kedua. amal yang bertujuan menghindarkan kemudharatan dan menjauhkan kemarahanAllah.Individu yang melakukan kedua bentuk amal shaleh itu desebut sebagaishaleh-mushlih. Sedangkan yang hanya melakukan yang pertama saja disebut denganshaleh. Melakukan salah satunya belumlah memadai, sebab yang pertama diperlukanuntuk pengembangan dan kemajuan, sedangkan yang kedua adalah untuk menghalangisebab-sebab kemufsadatan dan keterbelakangan. Ibid, hal. 49.Pendidikan Islam berusaha untuk menciptakan manusia yang shaleh dan mushlih itu,dalam arti berusaha menciptakan insan yang akan berusaha melakukan kedua sisiamal shaleh tersebut. Hal ini disebabkan penegasan Allah dalam surat Al-Anfalayat 25 yang mengatakan bahwa kehancuran tidak akan menimpa ummat yanganggotanya shaleh dan mushlih, tapi masyarakat yang anggotanya hanya shaleh sajaakan dihadapkan kepada kehancuran.Bagaimana Menciptakan individu yang beramal shaleh?Pertanyaan yang muncul bagaimana cara Pendidikan Islam menciptakan individu yangberamal shaleh ? Untuk menjawab pertanyaan ini, kita harus memberikan defenisiamal dan bagaimana menciptakan amal itu.Amal dalam Pendidikan Islam adalah semua gerak yang diiringi dengan niyat. NabiSAW bersabda: "Sesungguhnya setiap amal itau mempunyai niat". Setiap gerakantanpa niat (tujuan) tidak dinamakan amal. Bila dikhususkan kepada manusia, makasetiap gerak yang bertujuan mendatangkan kemanfaatan atau menghindarkankemudharatan (keburukan) dinamakan oleh Al-Quran sebagai amal. Sedangkan geraktanpa tujuan disebut Al-Quran sebagai jiryan (peredaran), seperti peredaranmatahari dan bumi.Dengan demikian, amal adalah gerak dan tujuan, atau dalam ungkapan lain kudrahdan iradah (kemampuan dan keinginan). Bila ada kemampuan dan ada pula keinginanmaka akan tercipta amal.Kudrah dapat berarti tenaga (thaqah) yang terdapat pada manusia dan hewan. Iadapat pula berarti kemampuan untuk menundukkan alam. Ini hanya dipunyai olehmanusia. Kudrah dalam pengertian inilah yang akan diarahkan oleh PendidikanIslam. Kemampuan untuk menundukkan ini adalah perkawinan antara kemampulan akaldengan pengalaman dan keahlian manusia dalam bidang agama, sosial dan kauni.Sedangkan Iradah adalah keinginan individu terhadap tujuan-tujuan tertentu.Iradah ini juga suatu hal yang membedakan manusia dengan hewan.Atas dasar ini, maka Pendidikan Islam memusatkan perhatiannya kepada pembentukanindividu Muslim agar melakukan amal sholeh dalam dirinya, yaitu denganmengembangkan kemampuan akal sampai ketingkat kematangan dan keahlian baik dalambidang agama, sosial maupun kauni. Dalam kalimat yang lebih tergas, tujuan utamaPendidikan Islam adalah menciptakan muslim yang shaleh yang oleh banyak ulamadigariskan dalam sepuluh ciri, yaitu Said Hawa, Fi Afaq At-Ta'alim, Kairo,Maktabah Wahbah 1980, hal 32:Berbadan sehatBerakhlak baikBerwawasan luasBerkesanggupan berusahaBerakidah lurusBeribadah benarBertekad tinggiBerjaga-jaga terhadap waktunyaBermanfaat bagi orang lainBerketeraturan dalam semua amalPenutupDari uraian di atas kita dapat mengatakan bahwa Pandidikan Islam adalahpendidikan yang syumul, yang mencakup semua segi pendidikan, baik akal, wujdandan jasmani, atau kognitif, afektif dan psikhomotorik. Dengan demikian tujuanpendidikan juga akan mencakup seluruh aspek kehidupan manusia.Bila individu muslim berhasil dididik menjadi manusia-manusia shaleh dan muslih,maka keluarga muslim akan tercipta dengan sendirinya, dan selanjutnya keluargatersebut akan menjadi dasar bagi pembentukan masyarakat muslim yang baik.

Thursday, March 5, 2009

Ratapan Anak Desa

Desiran pepohon melambai
di keharmonian pagi
Syahdu meruntun hati

Di desa pusaka ini,
kejernihan tiada lagi
Hancur diulit mimpi
Lenyaplah kemurnian jiwa
Benteng diri mula bergelora
Hanyut bersama dodoian neraka
Hukum Tuhan mula dipersenda

Di manakah erti hidupmu
Dibuai khayalan yang tak berpedoman
Haruskah kalian membisu tanpa suara
Munculnya zuriat yang tak berhaluan

Pemimpin yang bersenikan syaitan
Melaungkan nilai kebendaan
Menodai kesucian Islam
Serakah durjana mula diserapkan

Mengapa ia harus terjadi?
Di bumi pertiwi yang kita sanjungi
Haruskah kalian memerhatikan sahaja
Mereka bertakhta di persada dunia

Dengan alunan irama yang penuh bermakna
Moga kau mengerti
Akan syahadah yang suci
tetap bersemadi
Subur di alam ini…

PERSEMBAHAN USRAH AL-FIRDAUS

Lirik : MAHAR ( aminuddin 1996 Jordan )
Lagu : MAHAR dan Shubki
Album : Usrah Al-Firdaus ( Dunia Ini 1996 )

ISU – ISU PENDIDIKAN ISLAM

ISU – ISU PENDIDIKAN ISLAM

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al – Quran dan Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara kearah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat
ISU – ISU PENDIDIKAN ISLAM 1) Kurikulum gagal membentuk sahsiah diri pelajar• Kurikulum ( manhaj ) adalah cara atau pendekatan yang digunakan oleh guru terhadap pelajarnya untuk mengembangkan pengetahuan, membentuk ketrampilan dan sikap mereka.• Isu-isu seperti ponteng sekolah atau nakal di sekolah sudah tidak menjadi isu utama. Sebaliknya isu gangsterism, dadah, lepak dan aktiviti seks bebas sudah menular ke sekolah. Bahkan, penggunaan sistem pesanan ringkas (sms) mula menjadi alat penyebar bahan-bahan lucah di kalangan pelajar selain VCD. • Fakta kes : Kematian adik Muhammad Farid Ibrahim pelajar Sekolah Menengah Agama Datuk Klana Petra Maamor, Ampangan ( 2004 ) dan Kematian adik Muhd Hadzrin pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besi ( 2009 )2) Kurikulum lebih bersifat exam oriented• Pelajar diasak mengingati fakta dan memahami sesuatu pelajaran sekadar untuk lulus peperiksaan• Pelajar mungkin beroleh markah yang tinggi dalam peperiksaan tetapi mereka mempunyai akhlak dan moral yang rendah3) Pengajaran dan pembelajaran kurang berkesan• Sesi pengajaran lebih berpusat kepada guru bukan murid. Dimana guru lebih banyak menggunakan pendekatan bersyarah/berleter dan ABM kurang digunakan• Guru kurang mengambil kira potensi pelajar seperti yang dihasratkan dalam KBSM. Murid kurang diberi peluang mengeluar pendapat dan bersoaljawab• Aktiviti P&P lebih berfokus kepada mengingat pengetahuan, pelajar kurang diberi peluang untuk pelajar berfikir. Secara tidak langsung menyebabkan pelajar tidak sedar apa yang dipelajari/obj. pengajaran tak jelas4) Dualisme dalam pendidikan• Prof. Madya Dr. Halim Mat Diah, pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya mengkritik dasar pendidikan Islam di negara ini dan mempersoalkan dualisme yang diamalkan di sekolah-sekolah. • Menurut beliau apa yang berlaku ialah kadang – kadang guru mata pelajaran Agama Islam mengatakan mendedahkan aurat adalah haram, tetapi kemudiannya masuk pula guru lain yang tidak menutup aurat. Jadi ini mungkin akan mengelirukan para pelajar.5) Guru kurang menjiwai peranan sebagai murabbi• Kebiasaannya tanggungjawab membentuk generasi berakhlak mulia adalah suatu amanah yang perlu dilaksanakan oleh guru pendidikan Islam.• Wujud segelintir guru pendidikan Islam yang hanya berperanan didalam kelas dan sebagai penyampai maklumat sahaja. Tanpa di susuli dengan kata – kata nasihat dan peringatan• Guru lebih mengutamakan gaji daripada mendidik pelajar6) Pelajar Kurang Berminat• Antara sebab pelajar kurang berminat :a. Waktu pengajaran yang kurang sesuai ( dihujung kelas ) dan tidak mencukupi untuk pelajar lebih memahamib. Guru hanya mengajar dari sudut teori kurang dari sudut amalic. Kementerian Pelajaran kurang meletakkan prioriti yang tinggi terhadap subjek pendidikan Islam lebih kepada subjek Sains dan Matematik7) Persekitaran yang tidak memberangsangkan• Kurang kerjasama daripada guru dan ibu bapa dalam membentuk akhlak dan sahsiah diri pelajar• Keadaan dalam kelas / sekolah berbeza dengan keadaan persekitaran diluar• Media massa berbentuk hiburan lebih banyak mempengaruhi pelajar daripada pengajaran nilai – nilai murni dalam pendidikan Islam.

Wednesday, February 25, 2009

Kedhaifan seorang insan

Dalam bulan ramadhan,
lahirlah seorang insan,
dalam serba kekurangan
namun anugerah Tuhan,
dilimpahi dengan kasih sayang.

Perjalanan si anak kerdil ini,
menempuhi liku-liku duniawi,
didikan ayahanda bersemat dalam diri,
asuhan bonda tertusuk dalam rohani.

Keberkatan dan doa ibu bapa,
mengiringi langkah doa nan kudus,
membelah lautan saujana nan luas,
bumi anbia di jelajahi.

Pulang dengan segengam kehormatan,
hadiah tak ternilai untukmu bonda dan ayahanda,
Meniti arus baru dalam kehidupan,
seorang pendidik penerus warisan.

janjiku pada mu ayah,
kan ku terokai ilmu ini
hingga ke liang lahad,
kau hadiahkan restu dalam kehidupan dewasa,
mendapat permata penerang hidup.

permata idaman seronok dilihat,
namun ianya hanya seketika,
tatkala debu mula melingkari
kilauan mu sang permata,

anugerah restu mu ibu
ku cuba untuk junjungi,
tak tahu sampai bilakah
mampu ku gagahi

hanya pada Mu Allah
diri yang dhaif berserah
ku tak mampu menggegar arashmu
namun ku tak mampu menahan linangan
yang membasahi tembok kelopak kulit

Setiap masa kesabaran membayangi jiwa
menahan dentuman permata bersinar
insan kerdil hanya melihat
dalam kaburan yang bergenangan

Dalam senyum mu insan
Seorang periang yang kudus
Seorang yang tenang dalam tindakan
Seorang penyayang yang ikhlas
Namun kesemua itu terselindung
Dimuka mu sang insan kerdil
dalam kekangan yang menghunus

--MAHAR--

tinggal 3 hari lagi

hanya beberapa hari lagi satu episod baru akan melanda hidup ini. Insya Allah akan ditabahkan pelayaran hidup ini.

Tuesday, February 24, 2009

Suci (MAY)

Alangkah indah kehidupan ini
Jika saling mengasihi
Kita hulurkan persahabatan
Dengan niat suci
Alangkah indah oh jiwa nurani
Jika saling menyayangi
Tuhan tidak memandang wajahmu
Tapi di hatimu
Bersihkanlah jiwa dengan amalan
Yang mendekatkan kita kepada yang Esa
Aku redha apa yang ditakdirkan-Nya
Bersamalah kita berdoa
Semoga cinta kau dan aku
Bisa tembus ke pintu syurga
Berkat rahmat-Nya
Cinta yang berlandaskan suci
Tidak pernah mungkiri janji
Sama-sama menanggung rindu
Dan jujur selalu
Hingga ke akhirnya
Suci dan setia

Sepinya hidup( pemergianmu Nenda dan Ayahanda )

Dinginnya di malam ini
Suasana pilu
Terkenang daku kembali
Sejarah silam
Setelah engkau pergi
Sepi hatiku
Terpadamalah api cinta
Musnah harapan
Kau pergi mengadapNya
Meninggalkanku kesepian
Sumber ilham
Perjalanan hidupku

Kini aku terus tersiksa
Oleh kemaruk rindu
Tinggallah aku sendiri
Menanggung derita ini
Setelah engkau pergi
Seakan tertutup hatiku
Tak mungkin bercinta lagi
Biarku sendiri

Saturday, February 21, 2009

Kembali berseni

Alhamdulillah selepas melalui keletihan yang amat, selepas 2 minggu berulang pulang ke kelantan., saya mampu untuk menyambung kerja saya selaku seorang pendidik dan pelajar. Alfatihah untuk nenda tercinta Hajjah Che Som binti Che Kadir yang telah pulang keramhmatullah pada hari Jumaat 6hb Mac jam 9.50 malam. Setelah seminggu dimasukkan ke wad Hospital KB. Nenda dikebumikan keesokan harinya bersebelahan arwah ayahanda yang dirindui Hj Ab Rahaman Hussain di Machang. Tugas sebagai abang memang menuntut kepada pengorbanan. Umi banyak bergantung kepada saya selain adik yang boleh diharap Tahir.
Setelah pulang ke kajang, saya terpaksa memilih antara dua, untuk terus kekal di sini atau mencari kehidupan baru. Jadi, setelah berbincang dengan Umi dan adik2 saya memilih untuk berhijrah, demi untuk mencari ketenangan dalam hidup. Hari ini kami mengangkat barang untuk dipindahkan kerumah baru di taman pinggiran saujana, kajang. Walaupun berat dan sayang pada rumah sekarang di SMAP Kajang, tapi demi mencari ketenangan dalam hidup, saya gagahi jua.
Album nasyid dah nak siap dah. tunggu kelahirannya.

Sunday, February 1, 2009

Lagu 2009

Di atas permintaan pengetua SMAP Kajang, Tuan Syed Baharom, malam ini permulaan untuk saya membina dan merangka serta menggubah lagu baru untuk tema Nasyid 2009 yang bertema AKIDAH PEMBENTUK JATIDIRI CEMERLANG. Walaupun agak sibuk semester ini dan pada awalnya ingin berehat seketika untuk mencipta lagu, tetapi memandangkan budak2 AFU masih menantikan lagu baru, maka saya cuba beri ruang untuk mereka sama-sama mengecapi abang ALL FOR UMMAH 2004, 2005, 2006, 2007 dan 2008 yang layak ke kebangsaan dan mengecapi nikmat pemberiaan Allah menjadi johan kebangsaan. Insya ALlah...aminnn

Tuesday, January 27, 2009

iMpiAnKu



KAWASAKI VULCAN 1700cc NOMAD

Penantian Kelahiran Album Baru



Sekarang sedang dalam penantian menantikan kelahiran album anak-anak didik smap kajang melalui kumpulan ALL FOR UMMAH. Setelah hampir 10 tahun tidak merakamkan album, ALhamdulillah rezeki datang di depan mata. Lagu-lagu ciptaan saya sendiri bersama Hafiz Hamidun serta dari kumpulan lama saya semasa di Jordan dulu, Usrah Al-Firdaus iaitu Us Bambang dan Us Johari ( lagu Old Glory ) tapi telah diedit versi terkini dan tajuk pun di tukar kepada DO YOU REMEMBER. Insya Allah album ini akan memuatkan 8 lagu dalam pelbagai elemen rentak muzik dari pop, rap, blues dan sebagainya. Nantikan kelahiran semula album ALL FOR UMMAH.

Bujang Vs Dara





Perbezaan lelaki dan pompuan time kenduri kahwin.

Lelaki (Bujang)

1.mandi
2.pakai baju,siap2
3.start keta,motor
4.sampei tempat kenduri,jumpe tuan umah
5.makan
6.pas makan rileks jup,isap rokok
7.balik umah
8.sampai kat umah


Perempuan (Dara

1.mandi
2.berkemban
3.keringkan rambot
4.bukak almari,pilih baju
5.bawak kuwa sume baju ,bentang atas katil
6.pilih mane nak yang dipakai.
7.senarai pendek baju hendak dipakai
8.amik baju kebaya
9.letak balik
10.amik baju kurung
11.letak balik
12.wat pilihan lagi
13.cakap lam ati"baju mane yang menarik perhatian"
14.dah sah pilihan,baju kurung
15.pilih tudung plak
16.idop kan seterika
17.nyanyi2 smentara seterika panas
18.telepon berbunyi
19.angkat tepon"eh korang dah nak sampei?jup la.aku x siap lagik"
20.cepat2 seterika baju,tdung.
21.member sampei
22.call member"jup wei!5 minit lagik!korang tunggu lam keta"
23.pakai,baju,pakai tudung,
24.amik beg tangan,alat mekap sekali
25.masok lam keta
26.mule bertekak dengan member
27.kuwakan cermin
28.kuwakan alat mekap
29.mekap kan dulu
20.sampai je kat simpang
21.patah balik,seterika lupe off
22.sampai umah
23.member mintak pinjam toilet
24.dah abis sume,naik keta balik
25.sampai plaza tol
26.jalan jem
27.mule merungut,panas,mekap dah cair
28.kuatkan air cond
29.sembang2 hal perkahwinan
30.sampai kat umah orang kawen
31.salam dengan tuan umah
32.pergi makan
33.cedok lauk ayam skit
34.letak sendok balik
35.cedok gulai skit.
36.letak sendok balik
37.mule cite kat member cakap diet
38.amik laok skit,
39.amik buah skit
40.makan
41.abis makan
42.borak2 kosong ngan member
43.mate usha pompuan lain
44.mule bandingkan pakain mane yang cantik
45.tunggu pengantin
46.pengantin sampai
47.cepat2 pergi tangkap gambar
48.tunggu pengantin bersanding
49.pengantin abis bersanding
50.cepat2 naik pelamin,tangkap gambar
51.mule berangan
52.member marah,suh turun,die plak nak tangkap gambar
53.member tangkap gambar pulak
54.ikot pengantin masok bilik
55.mule cakap "wah!!cantiknye"
56.duduk atas katil pengantin
57.tangkap gambar lagik
58.mule berangan lagik
59.tgk adiah sekeliling
60.tarik pengantin,ajak tangkap gambar
61.dah tangkap gambar
62.gesel pipi ngan penganti pompuan
63.tunggu pengantin bagik cenderahati
64.dapat cenderahati
65.mintak bunga telor plak
66.dapat bunga telor
67.kasik adiah
68.salam ngan pengantin
69.sampei depan pintu
70.kasot ilang
71.cepat2 amik kasot orang
72.mule naik keta
73.mengumpat lam keta"laok x sedap,pengantin mekap tebal sangat,pelamin x lawa".
74.gelak2
75.mule berangan balik.nak wat perkahwinan besar2
76.sampai umah!!!

Hari pertama dilancarkan

hari ini rabu 28 jan 2009 jam 1.06pagi maka lahirlah blog ini.