Wednesday, February 25, 2009

Kedhaifan seorang insan

Dalam bulan ramadhan,
lahirlah seorang insan,
dalam serba kekurangan
namun anugerah Tuhan,
dilimpahi dengan kasih sayang.

Perjalanan si anak kerdil ini,
menempuhi liku-liku duniawi,
didikan ayahanda bersemat dalam diri,
asuhan bonda tertusuk dalam rohani.

Keberkatan dan doa ibu bapa,
mengiringi langkah doa nan kudus,
membelah lautan saujana nan luas,
bumi anbia di jelajahi.

Pulang dengan segengam kehormatan,
hadiah tak ternilai untukmu bonda dan ayahanda,
Meniti arus baru dalam kehidupan,
seorang pendidik penerus warisan.

janjiku pada mu ayah,
kan ku terokai ilmu ini
hingga ke liang lahad,
kau hadiahkan restu dalam kehidupan dewasa,
mendapat permata penerang hidup.

permata idaman seronok dilihat,
namun ianya hanya seketika,
tatkala debu mula melingkari
kilauan mu sang permata,

anugerah restu mu ibu
ku cuba untuk junjungi,
tak tahu sampai bilakah
mampu ku gagahi

hanya pada Mu Allah
diri yang dhaif berserah
ku tak mampu menggegar arashmu
namun ku tak mampu menahan linangan
yang membasahi tembok kelopak kulit

Setiap masa kesabaran membayangi jiwa
menahan dentuman permata bersinar
insan kerdil hanya melihat
dalam kaburan yang bergenangan

Dalam senyum mu insan
Seorang periang yang kudus
Seorang yang tenang dalam tindakan
Seorang penyayang yang ikhlas
Namun kesemua itu terselindung
Dimuka mu sang insan kerdil
dalam kekangan yang menghunus

--MAHAR--

tinggal 3 hari lagi

hanya beberapa hari lagi satu episod baru akan melanda hidup ini. Insya Allah akan ditabahkan pelayaran hidup ini.

Tuesday, February 24, 2009

Suci (MAY)

Alangkah indah kehidupan ini
Jika saling mengasihi
Kita hulurkan persahabatan
Dengan niat suci
Alangkah indah oh jiwa nurani
Jika saling menyayangi
Tuhan tidak memandang wajahmu
Tapi di hatimu
Bersihkanlah jiwa dengan amalan
Yang mendekatkan kita kepada yang Esa
Aku redha apa yang ditakdirkan-Nya
Bersamalah kita berdoa
Semoga cinta kau dan aku
Bisa tembus ke pintu syurga
Berkat rahmat-Nya
Cinta yang berlandaskan suci
Tidak pernah mungkiri janji
Sama-sama menanggung rindu
Dan jujur selalu
Hingga ke akhirnya
Suci dan setia

Sepinya hidup( pemergianmu Nenda dan Ayahanda )

Dinginnya di malam ini
Suasana pilu
Terkenang daku kembali
Sejarah silam
Setelah engkau pergi
Sepi hatiku
Terpadamalah api cinta
Musnah harapan
Kau pergi mengadapNya
Meninggalkanku kesepian
Sumber ilham
Perjalanan hidupku

Kini aku terus tersiksa
Oleh kemaruk rindu
Tinggallah aku sendiri
Menanggung derita ini
Setelah engkau pergi
Seakan tertutup hatiku
Tak mungkin bercinta lagi
Biarku sendiri

Saturday, February 21, 2009

Kembali berseni

Alhamdulillah selepas melalui keletihan yang amat, selepas 2 minggu berulang pulang ke kelantan., saya mampu untuk menyambung kerja saya selaku seorang pendidik dan pelajar. Alfatihah untuk nenda tercinta Hajjah Che Som binti Che Kadir yang telah pulang keramhmatullah pada hari Jumaat 6hb Mac jam 9.50 malam. Setelah seminggu dimasukkan ke wad Hospital KB. Nenda dikebumikan keesokan harinya bersebelahan arwah ayahanda yang dirindui Hj Ab Rahaman Hussain di Machang. Tugas sebagai abang memang menuntut kepada pengorbanan. Umi banyak bergantung kepada saya selain adik yang boleh diharap Tahir.
Setelah pulang ke kajang, saya terpaksa memilih antara dua, untuk terus kekal di sini atau mencari kehidupan baru. Jadi, setelah berbincang dengan Umi dan adik2 saya memilih untuk berhijrah, demi untuk mencari ketenangan dalam hidup. Hari ini kami mengangkat barang untuk dipindahkan kerumah baru di taman pinggiran saujana, kajang. Walaupun berat dan sayang pada rumah sekarang di SMAP Kajang, tapi demi mencari ketenangan dalam hidup, saya gagahi jua.
Album nasyid dah nak siap dah. tunggu kelahirannya.

Sunday, February 1, 2009

Lagu 2009

Di atas permintaan pengetua SMAP Kajang, Tuan Syed Baharom, malam ini permulaan untuk saya membina dan merangka serta menggubah lagu baru untuk tema Nasyid 2009 yang bertema AKIDAH PEMBENTUK JATIDIRI CEMERLANG. Walaupun agak sibuk semester ini dan pada awalnya ingin berehat seketika untuk mencipta lagu, tetapi memandangkan budak2 AFU masih menantikan lagu baru, maka saya cuba beri ruang untuk mereka sama-sama mengecapi abang ALL FOR UMMAH 2004, 2005, 2006, 2007 dan 2008 yang layak ke kebangsaan dan mengecapi nikmat pemberiaan Allah menjadi johan kebangsaan. Insya ALlah...aminnn