Sistem penjajah amalan pemerintah punca gejala murtad
Hashim Abdullah
Tue Jul 10, 07 9:11:58 am MYT
TEMERLOH, 10 Julai (Hrkh) - Sistem pendidikan dualisme sebagaimana yang ditinggalkan penjajah tetapi terus diamalkan pemerintah di negara ini menjadi punca kepada kehilangan sensiviti umat Islam terhadap isu penjagaan akidah menjadi penyebab kepada penularan gejala murtad dalam negara, kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pahang,Abdullah Abdul Karim.
Lebih memburukkan keadaan katanya yang juga seorang peguam ketiadaan undang-undang yang membolehkan seseorang yang murtad itu dihukum mengikut perundangan Islam menyebab kejadian murtad tidak dapat dibendung secara berkesan.
?Apa yang berlaku dalam negara berkaitan isu murtad memang menakutkan. Tetapi, kesedaran umat Islam terhadap usaha melindungi akidah umat Islam sangat lemah. Ini disebabkan oleh sistem pendidikan warisan penjajah. Penjajah dah bagi dualisme dalam pendidikan iaitu pendidikan akademik dan agama.
?Mereka tanam pemikiran seolah-olah belajar agama itu bukan akademik. Berlaku pemisahan agama dalam sistem pendidikan. Pendidikan agama pula yang diajar soal ibadat khusus sahaja, soal penjagaan akidah tak dijaga.
?Sebab tu kita lihat ada di antara ustaz-ustaz sendiri yang hanya mengajar soal ibadat tertentu sahaja sedangkan soal penjagaan akidah yang menjadi tunjang agama diabaikan,? katanya ketika berucap dalam program mengenai penjelasan isu murtad anjuran salah sebuah masjid, dekat sini, baru-baru ini.
Menurut Abdullah lagi kejadian isu murtad membabitkan Lina Joy sebagaimana diketahui umum sepatutnya menjadi pengajaran kepada seluruh umat Islam untuk berjuang melindungi akidah umat Islam.
?Isu murtad bukan boleh dipandang mudah. Kes murtad macam Lina Joy bukan satu tapi banyak. Angkanya terlalu besar sebagaimana didedahkan Mufti Perak dulu. Sebab itu seluruh umat Islam tanpa mengira kumpulan dan fahaman politik kena bersatu menyelamatkan akidah umat Islam,? katanya. - mks.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment